Memaparkan catatan dengan label Pengalaman.... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pengalaman.... Papar semua catatan

Isnin, 13 September 2010

Pengalaman1

hari ni masuk raya ke-5, 14 September 2010, aku dah bertolak dari Muo ke Kuala Terengganu..raya tahun ni seperti tahun yang lepas jugak, sunyi ajer.. fuhh..jam hampir-hampir 10:30 malam bas transnasional baru kelihatan..Terima kasih ibu, bapak, abang & ifan..sebab tolong hantarkan & tunggu sampai sy naik bas.=)
dalam bas perh, kali ni dapat duduk tingkat atas bahagian belakang sekali..banyak lagi sited kosong ni..so dapatla duduk & tidur dengan selesanya..ahamdulillah..tak banyak aktiviti yang boleh dibuat pun, hanya berdoa2 agar perjalanan kali ni lancar & selamat.memang tidur-tidur ayam ajer, selepas niat nak puasa hari (ini) & minum seteguk dua air sejuk kira oklaa...insyaallah.. Allah berikan kekuatan..Sampai di Dungun saya sms & call kat member yang nak ambil kat bus stand, nampak gayanya macam dia busy ajer...tak apa, biarla naik ajer kereta sapu ker atau teksi, macam tak biasa... Insyaallah tak apa2. Aku terpaksa matikan fon, sbb bateri hp memang tinggal 2 bar ajer ni..payah betullah.
Alhamdulillah nak dijadikan cerita, beg saya yang saya yang bapak tolong letakkan tu kedudukannya terlalu jauh ke belakang...maka terpaksa minta belas ihsan driver tolong ambilkan beg..Alhamdulillah Allah nak bantu, driver bus dengan bermurah hatinya nak tolong hantarkan, memang bersyukur sangat2. Akan tetapi setelah driver bas berhenti di Station Minyak Petronas dekat2 Jalan Tok Jiring, aduss berlaku kejadian lain lak, akibat leka baca surat khabar yang diberi oleh driver bas tu (time ni isu datuk Sosilawati)..aku terlepas nak g rumah member sorang ni...driver bas terpaksa turunkan aku kat mana2 yang terdekat..so pandai2 sendirila nak balik lagu mana..hahaha. bila buka ajer Hp ha tu dia dapat 5 miss call dari member aku ni..alahai sorryla sangat2, aku call minta dia tolong ambil aku, berdekatan dengan warung nasi kukus..kesian dia ni, bertawab dia pagi2 nak cari aku mujur akhirnya jumpa...
Kejadian tak habis sampai di sini saja, bila berborak tetiba buka topik kereta saya...tu dia dapat satu berita yang mengharukan sedikit. nanti saya uploadkan gambarnya insyaallah...

[ Kesian betul lah MBP ni, asik kena dengan orang ajer...Sabar yea...diuji lagi..]

kereta disondol dengan kereta...(citernya biar menjadi lipatan sejarah).

Isnin, 6 September 2010

Pengalaman

Sabtu 26 Jun 2010
Aku sudah diarahkan untuk melaporkan diri (kerja) di Terenganu, Aku & family bertolak dari Johor ke Terengganu pada 24 Jun 2010, Alhamdulillah kali ini aku drive sendiri dari Muar ke Terengganu...bertemankan bapak yang duduk di sebelah bersama adik bongsu aku & ibu naik kereta yang berlainan. (terima kasih cik nah sebab pinjamkan kereta untuk kami drive dari Muar ke Terengganu, Thank ifan, bapak & ibu).
Pada awalnya susah nak dapat rumah sewa bawah pada rm200, sebab sekarang di kawasan tempat kerja aku sudah dinaik tarafkan menjadi universiti.Tp alhamdulillah Allah mudahkan urusan aku, bantuan dari Dekan (Dr. Nordin) telah perkenalkan aku pada seorang staf baru, aku katakan dia staf baru sebab sebelum dia masuk kerja aku sudah pergi menyambung pengajian di Bnagi, tak sempat berkenalan dengannya. Thank Amni,
Amni, dia akan pergi menyambung pengajiannya, lalu aku sewa dirumahnya buat sementara waktu, sementara hendak cari rumah baru akhir tahun ini, insyaallah jika dimudahkan urusan oleh Allah.Housemate...aku duduk sorang ajer..alhamdulillah buat masa ni semua berjalan lancar, cuma pada pertengahan bulan Julai sekitar sebelum umat islam hendak menyambut awal Ramadhan, jiran selang 2 rumah aku dimasuki pencuri..katanya peti televisyennya turut dicuri.Alhamdulillah ...tuan rumahnya tak diapa2kan patutlah Allah gerakkan aku anjak sehari dari sepatutnya tarikah aku pulang ke Terenganu.Alhamdulillah..
Tidak lama lagi tempat kerja aku akan membuat hari konvokasion kepada para graduannya yang tamat pengajian semester yang lepas...Alhamdulilah student2 aku yang aku pernah ajar pada semester 1 sudah tamat pengajiannya.sekitar, 2 minggu konvokasion bermula aku sudah mendapat surat perlantikan menjadi ahli jawatankuasa ICT pada waktu tersebut.Ah..aku berkerjasama dengan team2 ICT, kawan2 lama...Alhamdulillah mereka kuat kerja, sehinggalah pada malam kejadian (hujan renyai2) tersebut aku pulang sendiri drive, pergi untuk melihat persiapan terakhir mereka..pantaulaa apa yang patut, bantu apa yang termampu.malam kejadian sekitar jam 1 pagi mata tak boleh nak lelap...memikirkan apa akan terjadi esok agaknya..fuhhh!~~ akhirnya aku terlelap tetapi tak laam, jam 4 pagi aku sudah terjaga, hati memang berasa berdebar sangat2 hanya tuhan ajer yang tahu pada waktu itu..aku buat solat sunat tahajjud & baca al-quran...bacalah agar hilang segala rasa kurang enak di hati..
Hari kejadian pun bermula jam 7 pagi aku sudah berada di kampus, buatlah persiapan apa2 yang patut, nak masuk dewan sekitar jam 8 -9 hehe aku tak ingat,sementara nak tunggu member2 yang lain aku stay dalam kereta...buatlah apa yang patut..Seorang demi seorang nama muridku dipanggil naik ke pentas...moga2 mereka akan menempuh kejayaan demi kejayaan insyaallah.Aku tak mampu nak pandu mereka seumur hidup & tanggungjawab aku sudah habis..Tunggu juga kalo2 ada yang nak tegur atau nak ucapkan terima kasih...~~ nampaknya aku, hanya mampu berharap sahaja, mungkin mereka sibuk & mungkin mereka malu nak jumpa aku, ialah aku hanya mampu mengajar mereka sekitar semester satu sahaja...tak apala...Allah ada~~~.(Biasalaah tu...sudah dapat gading bertuah tanduk tak berguna lagi). heh
2 hari berlalu, konvokasion telah tamat, kini sidang bermesyuarat  untuk post-mortem majlis, aku dijemput bersama2 geng ICT yang lain...Pelbagai kekurangan dicungkil & cuba diatasi untuk konvokasion yang akan datang.
 Selesai sudah majlis tersebut & debaran aku pun semakin kurang...=)