Selasa, 31 Ogos 2010

Susur Galur Arnabku




fikirkan

Ada satu cara pasti untuk mengelakkan sebarang kritikan:

1) Jangan menjadi apa-apa.
2) Jangan berfikir apa-apa
3) Jangan membuat apa-apa
4) Berehat
5) Mengelamun sahaja sepanjangan masa
6) Bunuh semua cita-cita
Penyelesaian ini tidak akan pernah gagal....
"Bermanis muka itu perkara senang,
Di kala hidup mengalir lancar bak arus tenang,
namun orang yang berwibawa itu adalah,
Dia yang mampu memberi senyuman
Ketika segala disekelilingnya penuh kesilapan!"

BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH

Bukannya pengkritik itu yang penting, bukannya orang yang memerihalkan bagaimana si kuat terjatuh ataupun di mana si pelaku boleh melakukannya dengan lebih baik. Penghargaan seharusnya diberikan kepada orang yang berjuang di dalam gelanggang; yang wajahnya tercemar dek habuk, peluh dan darah; yang berjuang dengan berani, yang membuat kesilapan, dan tetap kembali lagi kerana tiada usaha tanpa masalah dan kekurangan, yang sebenarnya cuba dilakukan;yang memahami semangat kuat, penumpuantekun dan memerah tenaganya untuk tujuan berfaedah, yang setidak-tidaknya kalau ia gagal, sekurang-kurangnya gagal ketika mencubadengan berani. Kerana adalah lebih baik berani mencuba perkara yang besar, mencari kemenangan besar walaupun dicacati oleh kegagalan, daripada duduk setaraf dengan mereka yang tidak cukup bersemangat yang tidak tahu bergembira dan tidak juga menderita kerana mereka hidup dalam dunia samar yang tidak mengenal sama ada menang atau kalah" -Theodore Roosevelt-

"Dugaan itu tidak lain adalah pengajaranyang tidak anda pelajari yang datang kembali.Jadi jika anda telah membuat pilihan yang salah dahulu kini anda boleh membuat pilihan yang lebih baik dan dengan itu menghindari segala derita akibat pilihan anda yang terdahulu"

"Segala-galanya adalah suatu ujian,
untuk melihat apa yang akan kamu lakukan
jikalau menyalah tafsir apa yang di depan
mata, kamu perlulah bermula semula"

Isnin, 30 Ogos 2010

BODOH!!!

Bagi setiap orang lelaki yang memperbodohkan seorang wanita,
PASTI ada seorang lelaki lagi
yang mengubah seorang wanita BODOH
menjadi wanita yang HEBAT

KEBERANIAN

"Tiap-tiap orang mempunyai bakat.Apa yang kekurangan adalah keberanian untuk menyusuli bakat itu ke tempat gelap yang ditujunya." -ERICA JONG-

"Banyak bakat yang terbazir hanya kerana kekurangan sedikit keberanian.Setiap hari menyaksikan pengebumian orang uang sungguh menghampakan yang bersikap penakut mereka menghalang mereka daripada membuat percubaan pertama. -SYDNEY SMITH-

Jika kita tidak sanggup menghadapi "risiko" gagal, janganlah kita iri hati pula terhadap mereka yang hidup lebih senang daripada kita. Mereka telah melakukan "pengorbanan" yang sewajarnya untuk mendapatkan apa yang mereka miliki.

"Jikalau hidup kamu bebas daripada kegagalan, mungkin itu kamu tidak mengambil risiko yang secukupnya."

"Orang yang tidak mempunyai cuku keberanian untuk bermula itu sememangnya telah pun tamat"

"Peluang pasti datang bergolek di depan setiap orang , tetapi tidak setiap orang akan manfaatkan peluang itu."-LEE KONG CHIAN-

Mengambil risiko bukan bermakna kita perlu menjadi berani yang melampau-lampau

Jangan kamu menilai mereka yang mencuba dan gagal.Tetapi nilailah mereka yang gagal mencuba.

"Sesetengah anak tangga itu bukanlah dimaksudkan sebagai tempat merehatkan sebelah kaki sipemanjatnya, tetapi sekadar sebagai tempat berpijak sejenak cukup untuk membolehkan meletakkan kaki yang sebelah lagi di suatu tempat yang lebih tinggi" -Thomas Hendry Huxley-

"SUSAH hati tentang apa yang tidak anda miliki adalah membazirkan apa yang anda miliki"-KEN KEYES JR.-

'Bersendirian tidak bermakna anda merasa kesunyian'
Kekuatan dan perkembangan hanya terhasil melalui
usaha dan perjuanagn yang berterusan.
manakala kurang penggunaan
hanya membawa pengecutan dan pereputan.

"Bukan apa yang kita baca,
tetapi apa yang kita ingat,
yang membuat kita belajar.
Bukan apa yang kita niat,
tetapi apa yang kita buat,
yang menjadi kita berguna.
Bukan sekadar hasrat yang samar-samar,
tetapi perjuangan sepanjang hayat yang menjadi kita HEBAT"
-Henry Ward Beecher-

Jika

Jikalau anda telah mencuba dan menemui KEGAGALAN;
jikalau anda telah merancang,
dan menyaksikan rancangan anda HANCUR didepan mata;

INGATLAH!!!
INGATLAH sahaja bahawa tokoh-tokoh agung dalam sejarah
semuanya menjadi agung kerana
KEBERANIAN dan KEBERANIAN itu,
tahukah anda?
lahir dalam buaian  kesusahan?

HIDUP 1 PERJUANGAN

"KETENANGAN yang membuat kita terlena mungkin lebih berbahaya daripada ribut yang membuat kita terjaga".

"Mungkin orang Malaysia beranggapan bahawa dengan bersenang-senang, mereka tidak memerlukan cabaran yang dihadapi oleh masyarakat lain seperti peperangan , kebuluran dan kemisdikinan hina. Akibatnya, kita telah kehilangan kecergasan dan semangat kembara.Semua ini mestilah diubah. Kita mestilah mempersediakan diri kita secara akliah untuk mendaki gunung yang tertinggi, menyelami laut yang terdalam dan menerokai bidang yang asing bagi kita."

Perkara yang aku pelajari pada hari itu.

"Aku berjalanan sebatu bersama Kebodohan,
Membebel sahaja dia sepanjang jalan,
namun tiada apa yang aku belajar daripadanya,
Meskipun begitu banyak yang telah dia perkatakan!

Aku berjalanan sebatu bersama Kedukaan,
Tidakpun dia bertutur sepatah perkataan,
Tetapi aduh, perkara-perkara yang aku pelajari hari ittu,
Tatkala Kedukaan berjalanan bersama daku!"

BERANI GAGAL

*kegagalan sering bertutur dengan kita dalam "bahasa bisu" yang tidak kita fahami. jikalau ini tidak benar, kita tidak akan membuat kesilapan yang sama berulang kalitanpa mendapat faedah daripada pengajaran yang ia mengajarkan kepada kita.Jikalau ini tidak benar, kita akan memerhatikan dengan lebih teliti kesilapan-kesilapan yang telah dibuat oleh orang laindan mendapat faedah darnya.

Mutiara kata

"Hanya setelah anda menuruni lembah yang terdalam barulah anda dapat menilai keindahan gunung yang tertinggi!."
Tatkala anda bermurung itulah keunggulan anda terserlah, ketara, teruji1"
"Anda memerlukan sebanyak mungkin "pengalaman getir"untuk menzahirkan keunggulan anda" -Richard Nixon-

Ingatlah, untuk mendapatkan "pelangi", anda memerlukan "hujan". Tiada jalan lain lagi. Waktu sukar sepatutnya membuat anda LEBIH BAGUS, bukan MARAH DAN KECEWA (hard times should make you BETTER and not BITTER). Anda hanya mungkin menjadi LEBIH BAGUS jikalau anda belajar daripadanya seperti disebut dalam ucapannya:
"Kita lebih banyak mendapat kebijaksanaan daripada kegagalan berbanding dengan kejayaan.Kita sering mengetahui apa yang akan kita buat, dengan menentukan apa yang tidak akan kita buat.Dan semungkinnya orang yang tidak pernah membuat kesilapan tidak juga pernah membuat sebarang penemuan" -Samuel Smile-

Kita tidak belajar dari kejayaan-kejayaan kita, kita belajar dari kegagalan kita -John Naisbitt - Pengarang, Megatrends Asia.

Sesetengah orang apabila gagal mereka terus tinggal dalam kegagalan.Sesetengah yang lain apabila gagal mereka belajar daripadanya dan terus maju.

"Orang yang gagal dalam hidupnya ialah orang yang hidup dan gagal belajar"

Jacky Chan



"Ketika saya tiba di Amerika - BOOM! pertama, saya tak tahu cakap bahasa Inggerish. Dan kedua, tak ada seorang pun yang kenal saya - semasa saya berjalan di jalanraya, tak ada seorang pun yang ambil peduli."

Jacky Chan
Kerana tidak mampu menyaranya semasa bayi, ibu bapanya telah mempertimbangkan untuk menjual beliau dengan harga US$26.00 (RM 65.00) kepada pakar obstetrik Inggeris yang menyambut kelahiran beliau.Ketika masih kanak-kanakberumur 7 tahun, beliau telah diperantiskan di Akademi Opera China yang terkenal kerana kedahsyatannya, tempat beliau terpaksa menahani jadual latihan yang menyeksakan, dalam bidang muzik, tarian dan seni bela diri tradisional Cina, dari jam 5 pagi hingga tengah malam selama 10 tahun. Latihan yang diterimanya sungguh keras dan kejam, yang mana para pelatih dipukul dan tidak diberi makan jika tidak menunjukkan prestasi yang memuaskan.
Kemudian  beliau telah muncul dalam beberapa filem awal Hong Kong sebagai seorang pelagak ngeri (stun man) dan seterusnya memanjat ke tahap penyelaras lagak ngeri, kemudian ke tahap Pengarah. Apabila Bruch Lee meninggal dunia, Jacky Chan bersama ramai lagi pelakon seangkatannya dipilih sebagai salah seorang bakal pengganti untuk mengisi kekosongan itu. Beliau gagal teruk.
"Susah benar, susah benar" kata Jacky. "Jadi, daripada saya cuba meniru dia (Bruce Lee), lebih baik saya menjadi diri aya sendiri."
Jacky dilahirkan sebagai "Steve" yang kemudiannya diubah menjadi Jack Chan dan seterusnya dipopularkan dengan lebih mesra sebagai Jacky oleh Raymond Chow. Tuah Beliau mendatanginya pada tahun 1978 dengan filem Snake in Eagle's Shadow.
Kini beliau merupakan bintang filem yang terbesar Hong Kong dan kini sedang berjaya besar di Hollywood dengan kadar bayaran mencapai US$50 Juta (RM260 Juta) SETAHUN!!!.

Aku tidak memilih untuk menjadi insan biasa

Aku tidak memilih untuk menjadi insan biasa
adalah hakku untuk menjadi berbeza,
aku mencari kesempatan, bukan keterjaminan
tidak kuingin menjadi warga peliharaan,
lemah dan terpedaya dek terbiasa dengan jagaan negara,

Aku ingin mengambil risiko terhitung,
untuk mengimpikan dan membina,
untuk GAGAL dan BERJAYA,
galakan tidak kan kutukarkan dengan elaun pengangguran,
lebih kusukai cabaran hidup daripada elaun pengangguran,
lebih kugemari cabaran hidup daripada kewujudan lesu yang terjamin,
keghairahan pencapaian daripada kesempurnaan hambar
tidak kan kuperdagankan kebebasan dengan derma sumbangan,

Tidak jua maruah dengan sedekah
tidak kan aku ketakutan dihadapan sebarang tuan,
tidak jua akan kutunduk kepada sebarang ugutan
sudah menjadi warisanku untuk sentiasa berdiri teguh,


Bangga tidak gentar
berfikir dan bertindak untuk diri sendiri
menikmati hasil mahsul usaha sendiri
dan menghadapi dunia penuh berani
dan berkata "O" Inilah yang telah kulakukan"
inilah erti sebenarnya menjadi seorang insan.
INSYA ALLAH....