Selasa, 7 September 2010

rahsia didik hati




Suatu hari Nabi Musa AS telah memberikan ceramah dalam satu majlis ilmu. Sesudah dia menyampaikan ilmu, bangunlah seorang lelaki dan bertanya :

Wahai Musa, adakah manusia yang paling pandai dan bijak dalam menguasai ilmu pengetahuan selain engkau ?

Maka Nabi Musa AS menjawab : TIDAK !!! Akulah yang paling pandai dan yang paling bijak yang menguasai segala intipati ilmu.



Jawapan Nabi Musa AS itu telah mendapat teguran dari ALLAH. ALLAH berfirman dalam Surah Al Kahfi ayat 60 hingga 82. ALLAH menyatakan ada lagi hamba NYA yang lebih pandai dan bijak dar Nabi Musa AS. Iaitu seorang lelaki yang tinggal di sebuah tempat di mana bertemunya dua lautan. ALLAH memberitahu kepada Nabi Musa AS kalau nak kenal dengan lelaki yang menguasai segala ilmu itu, Nabi Musa kenalah bawa ikan di dalam sangkar. Bila ikan dalam sangkar itu tiba2 ghaib, maka disitulah tempat tinggal orang yang menguasai intipati segala ilmu.



Lalu Nabi Musa AS pun mulalah bermusafir bersama seorang sahabatnya Yusak Bin Nuh bin Ifraim bin Yusuf AS ( Yusyak ni cicit kepada Nabi Yusuf AS) untuk mencari lelaki yang paling berilmu tersebut. Apabila mereka sampai ke tempat di mana bertemunya dua lautan ( Teluk Suez & Teluk Akabah di Laut Merah ), Nabi Musa AS telah bertemu dengan Nabi Khidir AS.

Nabi Musa AS pun menyatakan hasrat ingin berguru dengan Nabi Khidir AS. Tapi Nabi Khidir AS kata…. Aku menjangkakan bahawa engkau tak akan tahan dan tak sabar dengan cara didikan aku.



Nabi Khidir AS pun kata lagi : Ilmu yg aku ada ni adalah kurniaan dari ALLAH, dan ilmu aku ni lebih tinggi sebab ilmu yang ALLAH beri pada aku, tidak diberi pada kamu. Kamu pun ada ilmu yang ALLAH beri tapi aku tak ada. (Nota : ALLAH kurniakan kelebihan ke atas setiap orang untuk MENGHAMPIRKAN diri kepada NYA & membantu orang lain untuk menghampirkan diri kepada ALLAH)

Nabi Musa AS berkata : Ajarlah aku ilmu yang Tuan ada. Aku akan sabar mempelajarinya. (Nota : Untuk belajar ilmu yang power yang boleh dekatkan diri dengan ALLAH syaratnya adalah SABAR)



Setelah melihat kesungguhan Nabi Musa AS nak menuntut ilmu, Nabi Khidir AS pun berkata : Baiklah jika begitu. Kamu boleh ikut aku, TAPI kamu tak boleh tanya apa yang aku buat HINGGAlah aku sendiri yang terangkan kepada mu. (Nota : Kalu kamu tau Tok Guru kamu amat berilmu, JANGAN pertikai apa yg dia buat selagi tak bertentangan dengan Quran & Sunnah)

Dan bermulalah musafir Nabi Musa AS bersama Nabi Khidir AS utk menuntut ilmu …. (Nota : Kaedah terbaik mendidik hati seseorang ialah dengan ajak dia bermusafir)



Dalam musafir, Nabi Musa AS lihat banyak benda pelik yang diakukan oleh Nabi Khidir AS. Antara benda pelik yang dilakukan oleh Nabi Khidir AS ialah :

1st ..... Nabi Khidir AS & Nabi Musa AS menumpang sebuah perahu untuk menyeberangi sungai. Sesudah sampai ke seberang, Nabi Khidir AS menghancurkan perahu yang ditumpangi mereka. Tersentak Nabi Musa AS. Dia bertanya Nabi Khidir AS, pehal dihancurkan perahu ? Nabi Khidir AS bagi warning kat Nabi Musa AS, …. Kamu kan dah janji tak kan tanya apa yg aku buat …. Lalu Nabi Musa AS minta maaf dan terus senyap. (Nota : Kalau ko dah tahu yang Tok Guru ko terror tahap gaban & siap dapat certification dari ALLAH, ko jangan banyak songel nak pertikai apa dia buat)



2nd ..... Sampai di daratan, mereka bertemu sekumpulan budak2 yang tengah bermain. Nabi Khidir AS berjalan menuju kepada seorang budak dan terus membunuhnya. Terkejut Nabi Musa AS, dia tanya lagi pehal Nabi Khidir AS bunuh budak tu ? Nabi Khidir AS ingatkan Nabi Musa AS tentang janjinya. Ini last warning kata Nabi Khidir AS.

3rd ..... Mereka sampai disebuah wilayah dalam keadaan keletihan yang rakyatnya masih menyembah berhala. Mereka meminta penduduk di wilayah tersebut untuk menghulurkan bantuan kepada mereka dengan air dan makanan. Tapi penduduk di situ tidak melayani permintaan Nabi Khidir AS & Nabi Musa AS. Nabi Musa AS cukup marah, tapi Nabi Khidir AS mengingatkan agar mereka bersabar.



Nabi Khidir AS ajak Nabi Musa AS ke sebuah kampung yang miskin lagi daif dan menuju ke sebuah rumah yang hampir roboh milik dua orang budak perempuan yang yatim piatu. Kemudian Nabi Khidir AS mengajak Nabi Musa AS membaiki tembok dan dinding rumah dua orang anak yatim tersebut. Nabi Musa AS tidak berpuas hati lalu menyatakan hasrat ketidak puas hati beliau kepada Nabi Khidir AS. Dia kata .. penduduk sini tak mahu membantu kita, mengapa pula kita perlu membantu keluarga wilayah ni repair tembok dan dinding rumah ? Kata2 Nabi Musa AS itu telah menyebabkan Nabi Khidir AS bersuara …. Sudah aku katakan, kamu tak akan bersabar dengan cara didikan aku. Aku tak sanggup terima kamu sebagai murid ku. Sampai di sini saja aku mengajar mu.



Barulah Nabi Khidir AS ceritakan motif ketiga2 tindakannya :

1st ..... Perahu yang dimusnahkan oleh Nabi Khidir AS disebabkan perahu dan tuan punya perahu itu berada di wilayah Raja yang zalim (lanun) yang suka merampas perahu dan membunuh tuanpunya perahu. Dengan memusnahkan perahu, tuan punya perahu itu terselamat dari dibunuh oleh Raja Lanun tersebut. Perahu boleh dibuat balik.



2nd ..... Budak yang dibunuh itu, mempunyai ibu bapa yang soleh TETAPI Nabi Khidir AS tahu yang bila budak tu dah besar remaja, dia akan menjadi seorang yang kufur kepada ALLAH serta mendorong mak ayah dia jadi kufur juga serta anak itu membunuh mak ayahnya. Jadi sebelum budak tu jadi makhluk perosak aqidah dan pembunuh, eloklah dibunuh. Mak & ayahnya boleh berusaha untuk mendapat seorang anak yang soleh sebagai ganti.



3rd ..... Walaupun penduduk wilayah tersebut memberikan hospitaliti yang negatif kepada Nabi Khidir AS dan Nabi Musa AS, TAPI di tapak rumah anak yang yatim piatu tu tersimpan harta untuk anak yatim yang tidak diketahui orang ramai. Nabi Khidir AS ajak Nabi Musa AS membaiki dinding dan tembok rumah tersebut agar harta anak yatim yang tertanam itu terjaga dan terpelihara sehinggalah dua anak yang yatim piatu itu besar dewasa dan mampu menguruskan harta tersebut.



Sebelum berpisah, Nabi Khidir AS memberi pesan kepada Nabi Musa AS :

“Jadilah kamu seorang yang tersenyum dan bukannya orang yang tertawa. Teruskanlah berdakwah dan janganlah berjalan tanpa tujuan. Janganlah pula apabila kamu melakukan kesilapan, engkau, berputus asa dengan kesilapan yang telah dilakukan itu. Menangislah disebabkan kesilapan yang kamu lakukan, wahai Ibn `Imran.”

Begitulah kesah yang tertulis dalam Permata Pemberian Yang Indah yang aku olah dalam versi ku dan ditokok tambah dengan cerita yang sama yang pernah disampaikan oleh arwah atok aku.


Morale of the stori

1. Seterror mana ilmu kita dan segaban mana ilmu kita, masih ada orang yang lebih terror dan lebih gaban. Jadi tak yah ler kau orang nak eksyen tahap gaban cam aku hehehehe

2. Untuk mendidik hati, syarat yang paling utama ialah SABAR. Kalau tak sabar, hati tidak dididik. Bila hati tidak dididik, maka akan lebih jauhlah seseorang dari rahmat ALLAH. Bila jauh dari rahmat ALLAH, maka hidupnya akan hilang ketenangan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

3. Syarat untuk sabar pula ialah kenalah sabar menghadapi musibah, sabar dalam melaksanakan perintah ALLAH dan sabar dalam MENINGGALKAN larangan ALLAH.

Sumber: http://arangkadir.blogspot.com/2010/05/rahsia-didik-hati.html.
 
*Tidak ditokok tambah... hanya diedit gambar sahaja

Tiada ulasan:

Catat Ulasan