Sabtu, 25 September 2010

FiQH WANITA




23. 
 Sesungguhnya orang-orang Yang menuduh perempuan-perempuan Yang terpelihara kehormatannya, Yang tidak terlintas memikirkan sebarang kejahatan, lagi Yang beriman, akan dilaknat (oleh Allah) di dunia dan di akhirat dan, mereka pula akan beroleh azab seksa Yang besar;
(Surah An-Nurr: 23)



Rabu, 15 September 2010

PESANAN : MAKNA SEBENAR ‘OPTIMISME’.



Surah Yusuf juga mengajar kita tentang erti optimisme, makna sebenar  ‘positive thinking’ serta kekuatan ‘hope for miracle from Allah’. Ada 3 ayat yang berpendiran sama :

1 : Sehingga apabila para rasul tidak mempunyai harapan lagi, dan merasa bahawa mereka telah ditipu, kemudian kami datangkan bantuan kepada mereka, lalu kami selamatkan mereka dengan orang yang kami mahukan… (Yusuf 110)

2 : Sesungguhnya barangsiapa yang bertaqwa dan bersabar, maka sesungguhnya Allah tidak akan mensia-siakan pahala orang yang berbuat kebaikan. (Yusuf, 90)

3 : Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sebab, yang berputus asa dari tahmat Allah hanyalah orang kafir. (Yusuf, 87)


Banyak yang saya belajar dari 3 ayat ini….. Ia mendefinisikan semula erti Optimism iaitu : Memanglah peristiwa pahit serta kegagalan boleh saja memberikan dampak emosi yang negative, perasaan takut serta rasa tidak yakin yang begitu mendalam… tetapi jika kita memilih untuk terus terikat dengan peristiwa silam, kita tidak akan melangkah ke hadapan….

Keduanya, sekali lagi ketiga-tiga ayat tersebut menekankan erti kebahagiaan hidup yang sebenar…. Jika kamu mahukan ‘success’ dunia akhirat, cita-citamu tercapai, inginkan kebahagiaan dalam setiap detik kehidupan, maka Surah Yusuf hanya ada satu jawapan : BERTAQWA & TERUSKAN BERSABAR!

Hmmm…sabar lagi….. mungkin bagi sesetengah orang, perkataan ‘sabar’ selalu sahaja dinegatifkan maknanya dengan :  Cukuplah… kan takdirmu sudah begitu… kalau memang sudah dilahirkan sebagai cacing, jangan sekali-kali bermimpi menjadi naga!’….

Itu bukannya sabar, tetapi ‘angkat bendera putih menyerah kalah!’ Sabar yang diajarkan oleh Nabi Yusuf bukanlah sabar negatif yang tunduk menyerah pada takdir, tetapi sabar positif iaitu tetap cekal untuk bertahan, bahkan siap-sedia mengejar setiap kesempatan yang melintas. Itulah yang dilakukan oleh Nabi Yusuf dalam rangkuman siri pengalaman hidupnya untuk dikongsikan kepada kita.

Disinilah terserlahnya rahsia ‘kekuatan’ Surah Yusuf : ia sarat dengan harapan bahawa Tuhan tidak pernah meniggalkan kita, bahawa seteruk mana sekalipun peristiwa pahit, ia bakal terhapus dengan ‘happy ending’ selepasnya, bahawa apa juga masalah yang dihadapi akan terungkai, bahawa kezaliman akan digantikan dengan kebaikan, dengan satu syarat : sentiasa berfikiran positif kepada Allah.


Selasa, 14 September 2010

kisah kaabah enggan bergerak ke syurga sekiranya tidak di iringi org2 yg tawaf di kaabah


Kaabah enggan bergerak

Tuan Guru Haji Mohd Baqi Osman, tok guru dah mula kuliah. Beliau menceritakan tentang peristiwa yang bakal berlaku di akhirat kelak. Tentang syurga, tentang neraka. Para jemaah masing-masing diam, tunduk dan insaf. Salah satu cerita menarik yang disampaikan oleh tok guru iaitu berkaitan dengan titian As-Sirat. Jambatan yang merentangi neraka menuju ke syurga itu bersifat fleksibel. Ia boleh membesar, mengecil, memendek dan memanjang mengikut kumpulan yang akan melintasinya.

Jika orang beriman, pastilah ia akan melebar dan memendek. Manakala bagi orang kafir, ia akan mengecil dan memanjang. Antara yang akan turut berarak menuju ke syurga ialah kaabah. Malaikat datang membawa perintah Allah kepada kaabah yang dihias indah pada hari itu supaya bergerak menuju ke syurga.

Ygmenghairankan, biarpun kaabah tahu itu perintah Allah, namun ia enggan bergerak. Lalu malaikat bertanya kenapa enggan bergerak ke syurga. Kaabah menjawab bahawa ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan jika diiringi oleh semua manusia yang pernah tawaf di sekelilingnya.

Lalu malaikat mengumpulkan semua yang pernah tawaf untuk mengiringi kaabah ke syurga. Kaabah terus mendiamkan diri tak mahu bergerak. Malaikat bertanya lagi kenapa tak mahu bergerak. Kaabah menjawab, ada lagi beberapa orang yang tidak hadir.. Apabila diperiksa, rupa-rupanya orang-orang berkenaan telah dilempar ke dalam neraka kerana kesalahan yang pernah mereka lakukan di dunia.

Malaikat maklumkan bahawa orang berkenaan adalah orang-orang yang berdosa dan perlu disiksa di dalam neraka.

Kaabah berkata, ia tidak peduli orang itu berdosa atau tidak. Yang penting ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan diiringi oleh semua orang yang pernah tawaf di sekelilingnya.

Malaikat mengadu kepada Allah tentang hal yang berlaku....Allah yang Maha Pengampun dan Maha Mengasihani terus mengisytiharkan bahawa orang-orang itu telah diampunkan dosa mereka. Mereka lantas dibawa keluar daripada neraka dan mengiringi kaabah menuju ke syurga....... bersyukur sekiranya dapat mengerjakan haji dan umrah.....

Satu motivasi bagi rakan-rakan yang mampu untuk ke Mekah..silakanlah menjadi tetamu Allah..pergilah ketika masih muda dan kuat agar setiap langkah dan setiap nafas kita gagah dan diberkati oleh Allah swt...

Kebahagiaan itu pasti datang, namun sejauhmanakah kita mengingati Allah swt dalam setiap urusan dunia kita?

Isnin, 13 September 2010

Pengalaman1

hari ni masuk raya ke-5, 14 September 2010, aku dah bertolak dari Muo ke Kuala Terengganu..raya tahun ni seperti tahun yang lepas jugak, sunyi ajer.. fuhh..jam hampir-hampir 10:30 malam bas transnasional baru kelihatan..Terima kasih ibu, bapak, abang & ifan..sebab tolong hantarkan & tunggu sampai sy naik bas.=)
dalam bas perh, kali ni dapat duduk tingkat atas bahagian belakang sekali..banyak lagi sited kosong ni..so dapatla duduk & tidur dengan selesanya..ahamdulillah..tak banyak aktiviti yang boleh dibuat pun, hanya berdoa2 agar perjalanan kali ni lancar & selamat.memang tidur-tidur ayam ajer, selepas niat nak puasa hari (ini) & minum seteguk dua air sejuk kira oklaa...insyaallah.. Allah berikan kekuatan..Sampai di Dungun saya sms & call kat member yang nak ambil kat bus stand, nampak gayanya macam dia busy ajer...tak apa, biarla naik ajer kereta sapu ker atau teksi, macam tak biasa... Insyaallah tak apa2. Aku terpaksa matikan fon, sbb bateri hp memang tinggal 2 bar ajer ni..payah betullah.
Alhamdulillah nak dijadikan cerita, beg saya yang saya yang bapak tolong letakkan tu kedudukannya terlalu jauh ke belakang...maka terpaksa minta belas ihsan driver tolong ambilkan beg..Alhamdulillah Allah nak bantu, driver bus dengan bermurah hatinya nak tolong hantarkan, memang bersyukur sangat2. Akan tetapi setelah driver bas berhenti di Station Minyak Petronas dekat2 Jalan Tok Jiring, aduss berlaku kejadian lain lak, akibat leka baca surat khabar yang diberi oleh driver bas tu (time ni isu datuk Sosilawati)..aku terlepas nak g rumah member sorang ni...driver bas terpaksa turunkan aku kat mana2 yang terdekat..so pandai2 sendirila nak balik lagu mana..hahaha. bila buka ajer Hp ha tu dia dapat 5 miss call dari member aku ni..alahai sorryla sangat2, aku call minta dia tolong ambil aku, berdekatan dengan warung nasi kukus..kesian dia ni, bertawab dia pagi2 nak cari aku mujur akhirnya jumpa...
Kejadian tak habis sampai di sini saja, bila berborak tetiba buka topik kereta saya...tu dia dapat satu berita yang mengharukan sedikit. nanti saya uploadkan gambarnya insyaallah...

[ Kesian betul lah MBP ni, asik kena dengan orang ajer...Sabar yea...diuji lagi..]

kereta disondol dengan kereta...(citernya biar menjadi lipatan sejarah).

Selasa, 7 September 2010

rahsia didik hati




Suatu hari Nabi Musa AS telah memberikan ceramah dalam satu majlis ilmu. Sesudah dia menyampaikan ilmu, bangunlah seorang lelaki dan bertanya :

Wahai Musa, adakah manusia yang paling pandai dan bijak dalam menguasai ilmu pengetahuan selain engkau ?

Maka Nabi Musa AS menjawab : TIDAK !!! Akulah yang paling pandai dan yang paling bijak yang menguasai segala intipati ilmu.



Jawapan Nabi Musa AS itu telah mendapat teguran dari ALLAH. ALLAH berfirman dalam Surah Al Kahfi ayat 60 hingga 82. ALLAH menyatakan ada lagi hamba NYA yang lebih pandai dan bijak dar Nabi Musa AS. Iaitu seorang lelaki yang tinggal di sebuah tempat di mana bertemunya dua lautan. ALLAH memberitahu kepada Nabi Musa AS kalau nak kenal dengan lelaki yang menguasai segala ilmu itu, Nabi Musa kenalah bawa ikan di dalam sangkar. Bila ikan dalam sangkar itu tiba2 ghaib, maka disitulah tempat tinggal orang yang menguasai intipati segala ilmu.



Lalu Nabi Musa AS pun mulalah bermusafir bersama seorang sahabatnya Yusak Bin Nuh bin Ifraim bin Yusuf AS ( Yusyak ni cicit kepada Nabi Yusuf AS) untuk mencari lelaki yang paling berilmu tersebut. Apabila mereka sampai ke tempat di mana bertemunya dua lautan ( Teluk Suez & Teluk Akabah di Laut Merah ), Nabi Musa AS telah bertemu dengan Nabi Khidir AS.

Nabi Musa AS pun menyatakan hasrat ingin berguru dengan Nabi Khidir AS. Tapi Nabi Khidir AS kata…. Aku menjangkakan bahawa engkau tak akan tahan dan tak sabar dengan cara didikan aku.



Nabi Khidir AS pun kata lagi : Ilmu yg aku ada ni adalah kurniaan dari ALLAH, dan ilmu aku ni lebih tinggi sebab ilmu yang ALLAH beri pada aku, tidak diberi pada kamu. Kamu pun ada ilmu yang ALLAH beri tapi aku tak ada. (Nota : ALLAH kurniakan kelebihan ke atas setiap orang untuk MENGHAMPIRKAN diri kepada NYA & membantu orang lain untuk menghampirkan diri kepada ALLAH)

Nabi Musa AS berkata : Ajarlah aku ilmu yang Tuan ada. Aku akan sabar mempelajarinya. (Nota : Untuk belajar ilmu yang power yang boleh dekatkan diri dengan ALLAH syaratnya adalah SABAR)



Setelah melihat kesungguhan Nabi Musa AS nak menuntut ilmu, Nabi Khidir AS pun berkata : Baiklah jika begitu. Kamu boleh ikut aku, TAPI kamu tak boleh tanya apa yang aku buat HINGGAlah aku sendiri yang terangkan kepada mu. (Nota : Kalu kamu tau Tok Guru kamu amat berilmu, JANGAN pertikai apa yg dia buat selagi tak bertentangan dengan Quran & Sunnah)

Dan bermulalah musafir Nabi Musa AS bersama Nabi Khidir AS utk menuntut ilmu …. (Nota : Kaedah terbaik mendidik hati seseorang ialah dengan ajak dia bermusafir)



Dalam musafir, Nabi Musa AS lihat banyak benda pelik yang diakukan oleh Nabi Khidir AS. Antara benda pelik yang dilakukan oleh Nabi Khidir AS ialah :

1st ..... Nabi Khidir AS & Nabi Musa AS menumpang sebuah perahu untuk menyeberangi sungai. Sesudah sampai ke seberang, Nabi Khidir AS menghancurkan perahu yang ditumpangi mereka. Tersentak Nabi Musa AS. Dia bertanya Nabi Khidir AS, pehal dihancurkan perahu ? Nabi Khidir AS bagi warning kat Nabi Musa AS, …. Kamu kan dah janji tak kan tanya apa yg aku buat …. Lalu Nabi Musa AS minta maaf dan terus senyap. (Nota : Kalau ko dah tahu yang Tok Guru ko terror tahap gaban & siap dapat certification dari ALLAH, ko jangan banyak songel nak pertikai apa dia buat)



2nd ..... Sampai di daratan, mereka bertemu sekumpulan budak2 yang tengah bermain. Nabi Khidir AS berjalan menuju kepada seorang budak dan terus membunuhnya. Terkejut Nabi Musa AS, dia tanya lagi pehal Nabi Khidir AS bunuh budak tu ? Nabi Khidir AS ingatkan Nabi Musa AS tentang janjinya. Ini last warning kata Nabi Khidir AS.

3rd ..... Mereka sampai disebuah wilayah dalam keadaan keletihan yang rakyatnya masih menyembah berhala. Mereka meminta penduduk di wilayah tersebut untuk menghulurkan bantuan kepada mereka dengan air dan makanan. Tapi penduduk di situ tidak melayani permintaan Nabi Khidir AS & Nabi Musa AS. Nabi Musa AS cukup marah, tapi Nabi Khidir AS mengingatkan agar mereka bersabar.



Nabi Khidir AS ajak Nabi Musa AS ke sebuah kampung yang miskin lagi daif dan menuju ke sebuah rumah yang hampir roboh milik dua orang budak perempuan yang yatim piatu. Kemudian Nabi Khidir AS mengajak Nabi Musa AS membaiki tembok dan dinding rumah dua orang anak yatim tersebut. Nabi Musa AS tidak berpuas hati lalu menyatakan hasrat ketidak puas hati beliau kepada Nabi Khidir AS. Dia kata .. penduduk sini tak mahu membantu kita, mengapa pula kita perlu membantu keluarga wilayah ni repair tembok dan dinding rumah ? Kata2 Nabi Musa AS itu telah menyebabkan Nabi Khidir AS bersuara …. Sudah aku katakan, kamu tak akan bersabar dengan cara didikan aku. Aku tak sanggup terima kamu sebagai murid ku. Sampai di sini saja aku mengajar mu.



Barulah Nabi Khidir AS ceritakan motif ketiga2 tindakannya :

1st ..... Perahu yang dimusnahkan oleh Nabi Khidir AS disebabkan perahu dan tuan punya perahu itu berada di wilayah Raja yang zalim (lanun) yang suka merampas perahu dan membunuh tuanpunya perahu. Dengan memusnahkan perahu, tuan punya perahu itu terselamat dari dibunuh oleh Raja Lanun tersebut. Perahu boleh dibuat balik.



2nd ..... Budak yang dibunuh itu, mempunyai ibu bapa yang soleh TETAPI Nabi Khidir AS tahu yang bila budak tu dah besar remaja, dia akan menjadi seorang yang kufur kepada ALLAH serta mendorong mak ayah dia jadi kufur juga serta anak itu membunuh mak ayahnya. Jadi sebelum budak tu jadi makhluk perosak aqidah dan pembunuh, eloklah dibunuh. Mak & ayahnya boleh berusaha untuk mendapat seorang anak yang soleh sebagai ganti.



3rd ..... Walaupun penduduk wilayah tersebut memberikan hospitaliti yang negatif kepada Nabi Khidir AS dan Nabi Musa AS, TAPI di tapak rumah anak yang yatim piatu tu tersimpan harta untuk anak yatim yang tidak diketahui orang ramai. Nabi Khidir AS ajak Nabi Musa AS membaiki dinding dan tembok rumah tersebut agar harta anak yatim yang tertanam itu terjaga dan terpelihara sehinggalah dua anak yang yatim piatu itu besar dewasa dan mampu menguruskan harta tersebut.



Sebelum berpisah, Nabi Khidir AS memberi pesan kepada Nabi Musa AS :

“Jadilah kamu seorang yang tersenyum dan bukannya orang yang tertawa. Teruskanlah berdakwah dan janganlah berjalan tanpa tujuan. Janganlah pula apabila kamu melakukan kesilapan, engkau, berputus asa dengan kesilapan yang telah dilakukan itu. Menangislah disebabkan kesilapan yang kamu lakukan, wahai Ibn `Imran.”

Begitulah kesah yang tertulis dalam Permata Pemberian Yang Indah yang aku olah dalam versi ku dan ditokok tambah dengan cerita yang sama yang pernah disampaikan oleh arwah atok aku.


Morale of the stori

1. Seterror mana ilmu kita dan segaban mana ilmu kita, masih ada orang yang lebih terror dan lebih gaban. Jadi tak yah ler kau orang nak eksyen tahap gaban cam aku hehehehe

2. Untuk mendidik hati, syarat yang paling utama ialah SABAR. Kalau tak sabar, hati tidak dididik. Bila hati tidak dididik, maka akan lebih jauhlah seseorang dari rahmat ALLAH. Bila jauh dari rahmat ALLAH, maka hidupnya akan hilang ketenangan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

3. Syarat untuk sabar pula ialah kenalah sabar menghadapi musibah, sabar dalam melaksanakan perintah ALLAH dan sabar dalam MENINGGALKAN larangan ALLAH.

Sumber: http://arangkadir.blogspot.com/2010/05/rahsia-didik-hati.html.
 
*Tidak ditokok tambah... hanya diedit gambar sahaja

9 Mimpi Rasulullah S.A.W



"Nabi Muhammad saw bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan."

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.



2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, maka ia telah diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.



3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.



4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.



5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.



6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil memimpinnya ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.



7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita disekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-menderang.



8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.



9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukannya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.



BERSABDA RASULULLAH SAW, "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT" Jangan terlalu fikirkan esok hari yang kita sendiri tak pasti samaada kita masih bernafas lagi atau tidak. Jangan difikirkan peristiwa lampau yg takkan dapat mengubah apa2 keadaan pun. Fikirlah apa yg kita hendak buat sekarang. Dan pasti kan apa yg kita buat utk hari ini adalah yg terbaik. Kerana perkara yg terbaik kita buat hari ini akan menghasilkan keputusan yg baik utk esok. Yang seterusnya menjadi kenangan manis untuk kita pada masa akan datang."

Wanita yang Aduannya Didengar Allah dari Langit Ketujuh



Beliau adalah Khaulah binti Tsa’labah bin Ashram bin Fahar bin Tsa’labah Ghanam bin Auf. Suaminya adalah saudara dari Ubadah bin Shamit, yaitu Aus bin Shamit bin Qais. Aus bin Shamit bin Qais termasuk sahabat Rasulullah yang selalu mengikuti Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam peperangan, termasuk perang Badar dan perang Uhud. Anak mereka bernama Rabi’.



Suatu hari, Khaulah binti Tsa’labah mendapati suaminya sedang menghadapi suatu masalah. Masalah tersebut kemudian memicu kemarahannya terhadap Khaulah, sehingga dari mulut Aus terucap perkataan, “Bagiku, engkau ini seperti punggung ibuku.” Kemudian Aus keluar dan duduk-duduk bersama orang-orang. Beberapa lama kemudian Aus masuk rumah dan ‘menginginkan’ Khaulah. Akan tetapi kesadaran hati dan kehalusan perasaan Khaulah membuatnya menolak hingga jelas hukum Allah terhadap kejadian yang baru pertama kali terjadi dalam sejarah islam (yaitu dhihaar). Khaulah berkata, “Tidak… jangan! Demi yang jiwa Khaulah berada di tangan-Nya, engkau tidak boleh menjamahku karena engkau telah mengatakan sesuatu yang telah engkau ucapkan terhadapku sampai Allah dan Rasul-Nya memutuskan hukum tentang peristiwa yang menimpa kita.”



Kemudian Khaulah keluar menemui Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam untuk meminta fatwa dan berdialog tentang peristiwa tersebut. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Kami belum pernah mendapatkan perintah berkenaan dengan urusanmu tersebut… aku tidak melihat melainkan engkau sudah haram baginya.” Sesudah itu Khaulah senantiasa mengangkat kedua tangannya ke langit sedangkan di hatinya tersimpan kesedihan dan kesusahan. Beliau berdo’a, “Ya Allah sesungguhnya aku mengadu tentang peristiwa yang menimpa diriku.” Tiada henti-hentinya wanita ini ini berdo’a hingga suatu ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pingsan sebagaimana biasanya beliau pingsan tatkala menerima wahyu.



Kemudian setelah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam sadar, beliau bersabda, “Wahai Khaulah, sungguh Allah telah menurunkan ayat Al-Qur’an tentang dirimu dan suamimu.” kemudian beliau membaca firman Allah yang artinya, “Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan wanita yang mengajukan gugatan kepada kamu tentang suaminya, dan mengadukan (halnya) kepada Allah. Dan Allah mendengar soal jawab antara kamu berdua. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat…..” sampai firman Allah: “Dan bagi orang-orang kafir ada siksaan yang pedih.” (QS. Al-Mujadalah:1-4)



Kemudian Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menjelaskan kepada Khaulah tentang kafarah dhihaar, yaitu memerdekakan budak, jika tidak mampu memerdekakan budak maka berpuasa dua bulan berturut-turut atau jika masih tidak mampu berpuasa maka memberi makan sebanyak enam puluh orang miskin.



Inilah wanita mukminah yang dididik oleh islam, wanita yang telah menghentikan khalifah Umar bin Khaththab saat berjalan untuk memberikan wejangan dan nasehat kepadanya. Dalam sebuah riwayat, Umar berkata, “Demi Allah seandainya beliau tidak menyudahi nasehatnya kepadaku hingga malam hari maka aku tidak akan menyudahinya sehingga beliau selesaikan apa yang dia kehendaki, kecuali jika telah datang waktu shalat maka saya akan mengerjakan shalat kemudian kembali untuk mendengarkannya hingga selesai keperluannya.”



Alangkah bagusnya akhlaq Khaulah, beliau berdiri di hadapan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dan berdialog untuk meminta fatwa, adapun istighatsah dan mengadu tidak ditujukan melainkan hanya kepada Allah Ta’ala. Beliau berdo’a tak henti-hentinya dengan penuh harap, penuh dengan kesedihan dan kesusahan serta penyesalan yang mendalam. Sehingga do’anya didengar Allah dari langit ketujuh.



Allah berfirman yang artinya, “Berdo’alah kepada-Ku, niscaya akan Ku-perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari beribadah (berdo’a) kepada–Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.” (QS. Al-Mu’min: 60)

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam juga bersabda yang artinya, “Sesungguhnya Rabb kalian Yang Maha Suci lagi Maha Tinggi itu Maha Malu lagi Maha Mulia, Dia malu terhadap hamba-Nya jika hamba-Nya mengangkat kedua tangannya kepada-Nya untuk mengembalikan keduanya dalam keadaan kosong (tidak dikabulkan).” (HR. Abu Dawud, At-Tirmidzi dan Ibnu Majah)



Hikmah

Tidak setiap do’a langsung dikabulkan oleh Allah. Ada faktor-faktor yang menyebabkan do’a dikabulkan serta adab-adab dalam berdo’a, diantaranya:

1. Ikhlash karena Allah semata adalah syarat yang paling utama dan pertama, sebagaimana firman Allah yang artinya, “Maka sembahlah Allah dengan memurnikan ibadah kepada-Nya, meskipun orang-orang kafir tidak menyukai(nya).” (QS. Al-Mu’min: 14)
2. Mengawali do’a dengan pujian dan sanjungan kepada Allah, diikuti dengan bacaan shalawat atas Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dan diakhiri dengan shalawat lalu tahmid.
3. Bersungguh-sungguh dalam memanjatkan do’a serta yakin akan dikabulkan. Sebagaimana yang dilakukan oleh Khaulah binti Tsa’labah radhiyallahu ‘anha.



4. Mendesak dengan penuh kerendahan dalam berdo’a, tidak terburu-buru serta khusyu’ dalam berdo’a.
5. Tidak boleh berdo’a dan memohon sesuatu kecuali hanya kepada Allah semata.
6. Serta hal-hal lain yang sesuai tuntunan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam.



Selain hal-hal di atas, agar do’a kita terkabul maka hendaknya kita perhatikan waktu, keadaan, dan tempat ketika kita berdo’a. Disyari’atkan untuk berdo’a pada waktu, keadaan dan tempat yang mustajab untuk berdo’a. Ketiga hal tersebut merupakan faktor yang penting bagi terkabulnya do’a. Diantara waktu-waktu yang mustajab tersebut adalah:

1. Malam Lailatul qadar.
2. Pertengahan malam terakhir, ketika tinggal sepertiga malam yang akhir.
3. Akhir setiap shalat wajib sebelum salam.
4. Waktu di antara adzan dan iqomah.
5. Pada saat turun hujan.
6. Serta waktu, keadaan, dan tempat lainnya yang telah diberitakan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam.



Semoga Allah memberikan kita taufiq agar kita semakin bersemangat dan memperbanyak do’a kepada Allah atas segala hajat dan masalah kita. Saudariku, jangan sekali pun kita berdo’a kepada selain-Nya karena tiada Dzat yang berhak untuk diibadahi selain Allah Subhanahu wa Ta’ala dan janganlah kita berputus asa ketika do’a kita belum dikabulkan oleh Allah. Wallahu Ta’ala a’lam.

sumber: http://arangkadir.blogspot.com/2010/08/wanita-yang-aduannya-didengar-allah.html.

Adab Doa Nabi Ibrahim ‘alaihissalam




Bukalah sejenak mushaf Al-Qur’an dan pergilah untuk menyelami surat As-Syu’araa’ ayat 78-81 dan ayat 83-86. Didalam surat itu terdapat do’a Nabi Ibrahim kepada sang pencipta Al-Khaliq. Betapa indahnya dan santunnya nabi kita Ibrahim ‘alaihissalam sang kekasih Allah ketika berdo’a dan meminta kepada-Nya.



Nabi Ibrahim ‘alaihissalam memulai do’anya dengan memberikan lima sanjungan kepada Sang Pengabul Permintaan.

“Allah-lah yang telah menciptaka aku, dan Dialah yang memberi hidayah kepadaku, dan Dialah zat yang memberi makanan untukku dan memberi minuman kepadaku, dan apabila aku sakit maka Dia juga yang menyembuhkan sakitku, dan Allah-lah zat yang mematikan aku, dan juga zat yang menghidupkan aku (kembali), dan Dia pulalah zat yang aku berharap akan mengampuni dosa-dosaku pada hari pembalasan.” (Qs. Asy-Syu’ara: 78-80)



Dalam ayat ini terdapat contoh bagaimana Nabi Ibrahim ‘alaihissalam berdoa. Beliau memulai do’anya dengan memberikan lima sanjungan kepada sang Khaliq. Sanjungan pertama mengatakan bahwa Allah adalah sang pencipta sekaligus sang pemberi petunjuk (hidayah dalam masalah agama), yang kedua adalah Dia-lah yang memberikan makanan dan minuman, yang ketiga adalah yang memberi kesembuhan dari berbagai penyakit, yang keempat adalah yang menghidupkan dan mematikan dan yang kelima adalah zat yang mengampuni dosa.



Kemudian beliau mengajukan lima permohonan.

“Ya Allah berilah kepadaku ilmu dan masukkanlah aku dari bagian orang-orang sholeh. Dan jadikanlah untukku menjadi manusia yang dipuji-puji banyak orang pada generasi setelahku. Ya Allah jadikan aku penghuni surga yang penuh kenikmatan. Dan ya Allah ampunilah ayahku, sesungguhnya dia orang yang tersesat. Dan janganlah Engkau hinakan aku pada hari manusia dibangkitkan.” (Qs. Asy-Syu’ara 83-86)



Allah mengabulkan semua permohonan nabi Ibrahim kecuali satu saja.

Berkaitan dengan permohonan pertama yaitu meminta ilmu maka Allah berfirman dalam surat An-Nisaa’ ayat 54 yang artinya, “Maka sungguh telah kami berikan kepada keluarga Ibrahim kitab suci yaitu ilmu.” Demikian pula Allah telah berfirman dalam surat Yusuf ayat 101 yang artinya, “Sesungguhnya Ibrahim di akhirat termasuk orang-orang yang sholeh.”



Kemudian permohonan yang kedua telah Allah jelaskan dalam surat Shaafaat ayat 108 yang artinya, “Dan kami tinggalkan Ibrahim pujian yang baik dan ucapan yang baik bagi orang-orang setelahnya.” Permohonan yang ketiga telah Allah respon positif pula yaitu dalam surat Huud ayat 73 yang artinya, “Rahmat Allah dan keberkahan Allah untuk kalian wahai keluarga Ibrahim.” Akan tetapi berkaitan dengan permohonan yang keempat, Allah nyatakan tidak dapat dikabulkan yaitu diterangkan dalam surat At-Taubah ayat 114 yang artinya “Dan Ibrahim meminta maaf pada Allah tentang permohonan ampunan untuk ayahnya. Maka tatkala telah jelas bagi Ibrahim bahwa ayahnya adalah musuh Allah maka Ibrahim berlepas diri darinya.”



Kesimpulan

Maka adab do’a nabi Ibrahim ‘alaihissalam yaitu:

Menyanjung dan memuji Allah sang pencipta alam semesta sebelum memulai do’anya. An-Nawawii dalam kitabnya al-Adzkaar menyebutkan bahwasanya perjalanan Nabi dan Rasul serta orang-orang sholeh jika meminta hajat kepada Allah subhanahu wa ta’alaa, sebelum berdoa mereka bersegera untuk berdiri di hadapan Robbnya, lalu merapatkan telapak kaki mereka kemudian menghamparkan telapak tangan mereka dan mereka meneteskan air mata di pipi mereka. Maka mereka memulai dari bertobat dari maksiat dan membebaskan dari penyimpangan dari aturan syari’at dan mereka sembunyikan kekhusyuan dari hati mereka. Dan mereka merendahkan diri di hadapan Allah subhanahu wa ta’alaa. Lalu mereka menyanjung sesembahan mereka, mensucikan-Nya, dan mengagungkan-Nya, dan menyanjung dengan sanjungan-sanjungan yang menjadi hak-Nya. Baru setelah itu mereka bersemangat untuk berdoa.



Tidak menisbatkan keburukan pada Allah subhanahu wa ta’alaa. Sebagaimana nabi Ibrahim tidak menisbatkan sakit yang merupakan ciptaan Allah kepada Allah. Hal ini karena nabi Ibrahim merupakan hamba yang sangat santun, sopan serta beradab terhadap Robb-nya, sehingga dapat dilihat pada do’a diatas bahwa nabi Ibrahim tidak menisbatkan sakit kepada-Nya. Beliau berkata “Dan jika aku sakit, maka Alallah yang menyembuhkan aku”, tidak berkata “dan Ia lah Zat yang maha memberi sakit.” Walaupun senyatanya hal ini adalah benar, bahwasanya Allah-lah yang menciptakan kebaikan dan keburukan. Namun, hendaklah seorang hamba mengetahui dapat bersikap sopan, santun dan beradab terhadap Robb-nya.



Allah telah memuliakan umat ini dengan mengajari umat ini do’a semisal do’a nabi Ibrahim. Allah turunkan surat al-Fatihah untuk umat Muhammad shallallaahhu ‘alaihi wa sallam yang Allah mulai surat ini dengan sanjungan dan pengagungan sampai wa’iyaaka nasta’in ,sedangkan sisanya adalah do’a. Maka surat al-Fatihah adalah dalil diantara adab berdo’a adalah menyanjung Allah dahulu baru berdo’a dan meminta kepada Allah.



Duhai saudariku, seorang muslimah yang sholihah selalu memperhatikan amal dan perbuatan yang ia lakukan. Terlebih lagi dalam masalah berdo’a. Hendaknya kita beradab dalam melakukan do’a kepada Rabb Kita Tuhan Pencipta Alam Semesta, Penguasa Hari Pembalasan, dengan mencontoh do’a yang telah Allah ceritakan dalam Al-Qur’an. Semoga Allah beri taufik kepada kita semua agar dapat mengamalkan ilmu yang telah kita dapat ini.

Sumber: http://arangkadir.blogspot.com/2010/08/adab-doa-nabi-ibrahim-alaihissalam.html.

Isnin, 6 September 2010

Pengalaman

Sabtu 26 Jun 2010
Aku sudah diarahkan untuk melaporkan diri (kerja) di Terenganu, Aku & family bertolak dari Johor ke Terengganu pada 24 Jun 2010, Alhamdulillah kali ini aku drive sendiri dari Muar ke Terengganu...bertemankan bapak yang duduk di sebelah bersama adik bongsu aku & ibu naik kereta yang berlainan. (terima kasih cik nah sebab pinjamkan kereta untuk kami drive dari Muar ke Terengganu, Thank ifan, bapak & ibu).
Pada awalnya susah nak dapat rumah sewa bawah pada rm200, sebab sekarang di kawasan tempat kerja aku sudah dinaik tarafkan menjadi universiti.Tp alhamdulillah Allah mudahkan urusan aku, bantuan dari Dekan (Dr. Nordin) telah perkenalkan aku pada seorang staf baru, aku katakan dia staf baru sebab sebelum dia masuk kerja aku sudah pergi menyambung pengajian di Bnagi, tak sempat berkenalan dengannya. Thank Amni,
Amni, dia akan pergi menyambung pengajiannya, lalu aku sewa dirumahnya buat sementara waktu, sementara hendak cari rumah baru akhir tahun ini, insyaallah jika dimudahkan urusan oleh Allah.Housemate...aku duduk sorang ajer..alhamdulillah buat masa ni semua berjalan lancar, cuma pada pertengahan bulan Julai sekitar sebelum umat islam hendak menyambut awal Ramadhan, jiran selang 2 rumah aku dimasuki pencuri..katanya peti televisyennya turut dicuri.Alhamdulillah ...tuan rumahnya tak diapa2kan patutlah Allah gerakkan aku anjak sehari dari sepatutnya tarikah aku pulang ke Terenganu.Alhamdulillah..
Tidak lama lagi tempat kerja aku akan membuat hari konvokasion kepada para graduannya yang tamat pengajian semester yang lepas...Alhamdulilah student2 aku yang aku pernah ajar pada semester 1 sudah tamat pengajiannya.sekitar, 2 minggu konvokasion bermula aku sudah mendapat surat perlantikan menjadi ahli jawatankuasa ICT pada waktu tersebut.Ah..aku berkerjasama dengan team2 ICT, kawan2 lama...Alhamdulillah mereka kuat kerja, sehinggalah pada malam kejadian (hujan renyai2) tersebut aku pulang sendiri drive, pergi untuk melihat persiapan terakhir mereka..pantaulaa apa yang patut, bantu apa yang termampu.malam kejadian sekitar jam 1 pagi mata tak boleh nak lelap...memikirkan apa akan terjadi esok agaknya..fuhhh!~~ akhirnya aku terlelap tetapi tak laam, jam 4 pagi aku sudah terjaga, hati memang berasa berdebar sangat2 hanya tuhan ajer yang tahu pada waktu itu..aku buat solat sunat tahajjud & baca al-quran...bacalah agar hilang segala rasa kurang enak di hati..
Hari kejadian pun bermula jam 7 pagi aku sudah berada di kampus, buatlah persiapan apa2 yang patut, nak masuk dewan sekitar jam 8 -9 hehe aku tak ingat,sementara nak tunggu member2 yang lain aku stay dalam kereta...buatlah apa yang patut..Seorang demi seorang nama muridku dipanggil naik ke pentas...moga2 mereka akan menempuh kejayaan demi kejayaan insyaallah.Aku tak mampu nak pandu mereka seumur hidup & tanggungjawab aku sudah habis..Tunggu juga kalo2 ada yang nak tegur atau nak ucapkan terima kasih...~~ nampaknya aku, hanya mampu berharap sahaja, mungkin mereka sibuk & mungkin mereka malu nak jumpa aku, ialah aku hanya mampu mengajar mereka sekitar semester satu sahaja...tak apala...Allah ada~~~.(Biasalaah tu...sudah dapat gading bertuah tanduk tak berguna lagi). heh
2 hari berlalu, konvokasion telah tamat, kini sidang bermesyuarat  untuk post-mortem majlis, aku dijemput bersama2 geng ICT yang lain...Pelbagai kekurangan dicungkil & cuba diatasi untuk konvokasion yang akan datang.
 Selesai sudah majlis tersebut & debaran aku pun semakin kurang...=)

Khamis, 2 September 2010

Iris dan nenek

Irin dan nenek
Edit Photoshop
Time datang Terengganu

Binatang-binatang disekelilingku...

salah seekor baby  kepada si kelabu..sebelum ini ada 4 ekor, 2 ekor telah meninggal dunia sehari selepas dilahirkan sebab kena hujan lebat... jenazah saya sudah tanam dibawah pokok cerry...alhamdulillah yang selamat 2 ekor,  & yg sekor lagi kakinya agak cacat sedikit patah...mungkin kesan time hujan tu..kami tak perasan. Tp dia alhamdulilah masih selamat hingga sekarang.

 
Anak pada emak si lionhead..First baby, (tak cukup bulan..) Mungkin ada kesilapan dimana2..
masih dalam kajian..maknya macam fobia nak bersalin lagi...(kesian dia).

   
Baby pada Angora, Kelahiran yang kedua .

Anak angora sebaya dengan yang diatas.
Bulunya mmg lembut...geram sangat2 kat dia ni..
   
Kelahiran baby kucing anak si kaido sehari sebelum anak angora lahir.
(kira sebaya laa ni..=))
Kira anak first kaido, kaido mmg takut dgn kucing betina...=)

Ini si kaido bapak kucing yang memang control macho menanjang..Sejarah hidup dia ni sedih gak..
Tapi alhamdulillah hidup lagi...

   
Burung yang tak pernah serik masuk bilik saya...
kali ni kena tangkap esok dia masuk lagi...Mentang2 tuan ampunya bilik tak ada 
dia pula yang ganti jadi tuan...ish2..
Saya masih tak dapat nak tangkap gambar burung kuning yang suka ketuk tingkap bilik pagi2...
insyaallah nanti jika dapat tangkap gambar dia saya uploadkan di sini..
Cantik corak badannya...jangan risau saya sudah lepaskan semula selepas ambil dia jadi model...nak bela pun rasa2 tak rajinlaa..biarla dia g bebas kat luar sana...& Good luck.

Rabu, 1 September 2010

Lamanya dah tak lukis

Perhh!! lamanya aku dah tinggalkan melukis...last aku melukis pun rasa2 11 atau 12 bulan lepas kot tu pun lukis 1 potret..then lama dah terperap kat dalam kereta...bila nak g bingkaikan tak tahulaa... huhuk, pakai soft pastel..Insyaallah nanti saya uploadkan gambar potret terbaru...(my supervisor di UKM..) aduhailaa...Insyaallah kena baiki semula & mantapkan lagi skill yang masih kurang ni...
Bila tengok  pekembangan kawan2 yang lain tangan ni rasa gatal nak kembali semula melukis, tapi disebabkan banyak sangat halangan hehehe ALASAN ajer semua tu...maka tergendala nak mulakan melukis semula...insyaallah..
Saya Akan kembali melukis semula...Doa2kan yea.

Best gak lagu ni

http://www.youtube.com/watch?v=Emmc2c7lo-k

cintakan dunia

hadith:

Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda;
"Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang
mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam
hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana
kami sedikit pada hari itu?" Nabi saw. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu
banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan
mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan
mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'. Seorang sahabat bertanya,
"Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi kita nenjawab, "Cinta pada dunia dan
takut pada mati".

H.R. Abu Daud

Keterangan

Memang benar apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw. Keadaan umat Islam
pada hari ini, menggarnbarkan kebenaran apa yang disabdakan oleh Rasulullah
saw. Umat Islam walaupun mereka mernpunyai bilangan yang banyak, iaitu 1,000
juta (1/5 penduduk dunia), tetapi mereka selalu dipersendakan dan menjadi
alat permainan bangsa-bangsa lain. Mereka ditindas, diinjak-injak, disakiti,
dibunuh dan sebagainya. Bangsa-bangsa dari seluruh dunia walau pun
berbeza-beza agama, mereka bersatu untuk melawan dan melumpuhkan kekuatannya.

Sebenarnya, segala kekalahan kaum Muslimin adalah berpunca dari dalam diri
kaum muslimin itu sendiri, iaitu dari penyakit 'wahan" yang merupakan
penyakit campuran dari dua unsur yang selalu wujud dalarn bentuk kembar dua,
iaitu “cinta dunia” dan 'ttakut mati". Kedua-dua penyakit ini tidak dapat
dipisahkan. "Cinta dunia" bermakna tamak, rakus, bakhil danti dak mahu
mendermakan harta di jalan Allah swt. Manakala “takut mati" pula bermakna
leka dengan kehidupan dunia dan tidak membuat persiapan untuk menghadapi
negeri akhirat dan tidak ada perasaan untuk berkorban dengan diri dan jiwa
dalam memperjuangkan agarna Allah swt.

Kita berdoa agar Allah swt. menurunkan mushrahNya kepada kaum muslimin dan
memberikan kepada mereka kejayaan di dunia dan di akhirat.
Insyallah.

Cinta dari pandangan Imam Al-Syafie

IMAM Al-Syafie banyak memberi pedoman dalam memilih kawan. Beliau juga mengakui sukar mencari sahabat sejati yang mahu berkongsi suka duka bersama.Ketika menilai sahabat sejati pada waktu susah, katanya: “Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan.“Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah.”

“Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku. “Kukunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia.”Imam Al-Syafie turut meminta kita berhati-hati memilih sahabat kerana sahabat yang baik akan membawa ke arah kebaikan dan begitu sebaliknya.Katanya: “Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya.“Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirehat.

“Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras.“Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tidak sopan.“Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.

“Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai.“Dia akan memungkiri jalinan cinta yang terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia.”Seseorang itu juga dapat menundukkan musuhnya dengan menunjukkan rasa persahabatan.

Imam Al-Syafie dalam hal ini berkata: “Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan.“Ketika musuhku berada di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan.“Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada orang yang kubenci, seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang kucintai.”

6 Pertanyaan Imam Ghazali kepada muridnya...

1. Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia?
2. Apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia?
3. Apakah yang paling besar di dunia?
4. Apakah yang paling berat di dunia?
5. Apakah yang paling ringan di dunia?
6. Apakah yang paling tajam di dunia?
Pada suatu hari Imam Ghazali berkumpul bersama-sama dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya beberapa soalan:

PERTAMANYA beliau bertanya apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia lalu muridnya menjawab : " Orang tua, guru, kawan dan sahabat". Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar tetapi jawapan yang paling tepat sekali bagi soalan ini ialah 'mati'. Sila rujuk surah Ali 'Imran ayat 185

KEDUANYA beliau bertanya apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia lalu muridnya menjawab : " negara China, bulan, matahari dan bintang". Lalu Imam Ghazali menegaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'masa lalu'. Walau dengan apa cara sekali pun kita tidak akan dapat kembali ke amasa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari mendatang dengan amalan soleh agar kita tidak sesal di kemudian hari nanti.

KETIGANYA beliau bertanya tentang apakah yang paling besar di dunia ini lalu muridnya menjawab: " Gunung, bumi, matahari". Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah tepat tetapi yang paling tepat ialah 'nafsu'. Maka kita mesti berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu mengheret kita ke neraka jahannam. Rujuk surah al-A'raf ayat 179.

KEEMPAT belia bertanya tentang apakah yang paling berat di dunia lalu murudnya menjawab : " Besi, gajah". Imam Ghazali mengatakan bahawa semua jawapan adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'menanggung amanah'. Segala tumbuhan, binatang, gunung ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup memikulnya ketika Allah meminta untuk memikul amanah khalifah di bumi. Manusia ramai yang rosak dan binasa kerana tidak mampu memikul amanah dengan baik akibat kecuaian dan kedegilan mereka dalam mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh syarak.

KELIMA beliau menyoal tentang apakah yang paling ringan di dunia lalu muridnya menjawab : " Kapas, angin, debu dan awan". Imam Ghazali menyatakan bahawa semua jawapan yang diberi adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'meninggalkan sembahyang' kerana manusia sering mempermudah dan meringankan sembahyang disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia.

KEENAM beliau bertanya tentang apakah yang paling tajam di dunia lalu muridnya menjawab : ' Pedang". Imam Ghazali mengatakan bahawa jawapan itu adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'lidah manusia' di mana disebabkan lidah maka manusia suka menyakiti dan melukai perasaan orang lain sehingga berlakunya perbalahan dan perpecahan.

25 Pesanan Luqmanul Hakim

01 - Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yg dalam, banyak manusia yg karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yg bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

02 - orang - orang yg sentiasa menyediakan dirinya utk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yg insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.

03 - Hai anakku; orang yg merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kpd ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

04 - Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

05 - Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

06 - Dan selalulah berharap kpd ALLAH tentang sesuatu yg menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kpd ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dr sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

07 - Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yg telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yg tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dr tempatnya semula itu lebih mudah drpd memberi pengertian kpd orang yg tidak mahu mengerti.

08 - Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengankat batu besar dan besi yg amat berat, tetapi akan lebih lagi drpd semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yg jahat.

09 - Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yg bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.

10 - Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yg berbahaya.

11 - Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah utk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedang kan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

12 - janganlah engkau makan sampai kenyang yg berlebihan, kerana sesungguhnya makan yg terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kpd anjing sahaja.

13 - Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14 - Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yg takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.

15 - Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yg mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

16 - Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.

17 - selalulah baik tuturkata dan halus budibahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yg pernah memberikan barang yg berharga.

18 - Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanyasebagai orang yg tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yg mengharapkan sesuatu darimu.

19 - Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yg tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ yg akan mendatangkan cela pd dirimu.

20 - Hai anakku; janganlah engkau condong kpd urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

21 - Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yg busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

22 - Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yg menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yg pasti, janganlah engkau bertanya sesuatun yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu.

23 - Barang sesiapa yg penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yg pendiam akan selamat daripada berkata yg mengandungi racun, dan sesiapa yg tidak dapat menahan lidahnya dr berkata kotor tentu akan menyesal.

24 - Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yg alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yg subur lalu disirami air hujan.

25 - Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yg selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yg engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yg bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu
.

15 Sebab Turunnya Bala

Mengapa Manusia Ditimpa Bencana?
Dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh At-Tarmizi daripada Ali bin Abu Talib, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
"Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah mereka ditimpa bencana iaitu:
1. Apabila harta yang dirampas (daripada peperangan) diagih-agihkan kepada orang-orang yang tertentu sahaja.
2. Apabila zakat dikeluarkan kerana penebus kesalahan (terpaksa).
3. Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.
4. Apabila suami terlalu mentaati isteri.
5. Apabila anak-anak menderhakai ibu bapa masing-masing.
6. Apabila seseorang lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri.
7. Apabila kedengaran banyak bunyi bising.
8. Apabila lebih ramai berbicara mengenai hak keduniaan di dalam masjid.
9. Apabila sesuatu kaum itu terdiri daripada orang yang dihina oleh mereka.
10. Apabila memuliakan seseorang kerana takutkan tindakan buruknya.
11. Apabila arak menjadi minuman biasa.
12. Apabila lelaki memakai sutera.
13. Apabila perempuan dijemput menghiburkan lelaki.
14. Apabila wanita memainkan alat-alat muzik.
15. Apabila orang yang terkemudian menghina orang terdahulu, maka pada saat itu tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin merah (puting beliung) atau gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman yang tidak menjadi.
Seandainya kita sama-sama merenungi hadis di atas, tidak dapat tidak kita akan menerima hakikat bahawa bencana yang menimpa sesuatu kaum itu adalah berpunca daripada perbuatan mereka sendiri. Oleh itu, kembali kepada yang dituntut oleh Islam, semoga kehidupan kita akan dirahmati keamanan dari dunia hingga ke akhirat.

12 Azab bagi mereka yang meninggalkan Solat


Dalam sebuah hadis menerangkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda :
"Barangsiapa yang mengabaikan solat secara berjemaah maka Allah S.W.T akan mengenakan 12 tindakan yang merbahaya ke atasnya.
Tiga darinya akan dirasainya semasa di dunia ini antaranya :-

1.Allah S.W.T akan menghilangkan berkat dari usahanya dan begitu juga terhadap rezekinya.

2.Allah S.W.T mencabut nur orang-orang mukmin daripadanya.

3.Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.

Tiga macam bahaya adalah ketika dia hendak mati, antaranya :

1.Roh dicabut ketika dia di dalam keadaan yang sangat haus walaupun ia telah meminum seluruh air laut.

2.Dia akan merasa yang amat pedih ketika roh dicabut keluar.

3.Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.

Tiga macam bahaya yang akan dihadapinya ketika berada di dalam kubur, antaranya :-

1.Dia akan merasa susah terhadap pertanyaan malaikat mungkar dan nakir yang sangat menggerunkan.

2.Kuburnya akan menjadi cukup gelap.

3.Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari).

Tiga lagi azab nanti di hari kiamat, antaranya :

1. Hisab ke atsanya menjadi sangat berat.

2. Allah S.W.T sangat murka kepadanya.

3. Allah S.W.T akan menyiksanya dengan api neraka.

10 WASIAT HASAN AL BANNA


1.Apabila kamu mendengar azan, segeralah bangun sembahyang serta-merta walau bagaimana keadaan kamu sekalipun.

2. Bacalah Al-Quran atau tatapilah ilmu atau pergilah mendengar perkara yang baik atauberzikir. Janganlah sama sekali membuang masa dalam perkara sia-sia.

3. Berusahalah sedaya-upaya untuk bertutur dengan Bahasa Arab Fushohah kerana iamerupakan satu satu syiar islam.

4. Janganlah banyak berdebat dalam apa perkara pun kerana pertengkaran kosong tidak membawa kepada sebarang kebaikan.

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6. Jangan banyak bergurau kerana umat yang berjihad sentiasa bersungguh dan serius dalam setiap perkara.

7. Jangan bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar.

8. Jauhi daripada mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan dan jangan bercakap melainkan perkara yang mendatang kebaikan.

9. Berkenalanlah dengan setiap rakan yang saudara tidak di minta berbuat demikian kerana asas-asas dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenalan.

10. Kewajipan lebih banyak dari waktu, oleh itu bantulah rakanmu untuk memanfaatkan waktunya dan jika saudara berurusan, maka singkatkanlah masa perlaksanaannya.

1 minit untuk mengingat Allah * Langkah 1:

* Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih:

* * SUBHANA'LLAH
* * ALHAMDULI'LLAH
* * LA I LAHA ILLA'LLAH
* * ALLAHU AKBAR
* * ASTAGHFIRU'LLAH
* * LA ILAHA ILLA'LLAH, MUHAMMADUN RASULU'LLAH
* * ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WAAALIHI WA SAHBIH AJMA'EEN

* Langkah 2:
* Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataaan demi perkataan

* Langkah 3:
* Forward email ini kepada orang yang anda kasihi.

* Hasil 1:
* Dalam tempo satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk mengingat, berdoa dan bermunajat kepada ALLAH SWT.

* Hasil 2:
* Dalam tempo satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk mengingat, berdoa kepada Nabi Muhammad SAW.

* Hasil 3:
* Dalam masa satu jam sekurang-kurangnya 7 orang telah mendoakan kesejahteraan untuk kamu dan di-AMIN-kan oleh para Malaikat.

Wassalam

Taubat seorang hamba

are you going to finish strong

STRONG - Aaron Kwok-

http://www.youtube.com/watch?v=nJTAwjpav9U&NR=1


   

 
Alih bahasa…lagu dari Aaron Kwok
STRONG

Perlu mendaki  beberapa bukit,
Jalan yang panjang dan berlaut,
Barulah dapat bertemu dengan keseronokan hati yang sebenar,


Perlu melalui beberapa kali kesedihan,
Banyak kali merintangi halangan,
Barulah dapat menukarkan  kepada kemenangan
Tak kira berapa kali jatuh
Orang lain mengejek
Sangat sedih tapi saya tetap menuju ke hadapan.


Hanya kerana hati tetap teringat
Hari itu tetap menghormati ayah

Berkata  saya  akan bergembira
Orang kuat adalah kamu
Yang boleh terbang ke langit
Sebenarnya kamu sangat hebat
Walaupun kamu mengatakan tidak dapat melakukannya untuk selama-lamanya,


Sebenarnya kamu orang kuat ,
Yang boleh berdiri teguh,
Jika dikalahkan, bangkit semula
Tidak akan menyerah kalah selama-lamanya
Itulah falsafah hidup.. (ulang semula dari awal)


Pernah tunduk kepala beribu-ribu kali
Masih jua mendonggakkan kepala semula
Terus berjuang untuk mencipta maksud
Tidak akan lupa pesan ayah


Kamulah orang yang kuat yang boleh terbang
Sebenarnya kamu hebat
Jadi kamu janganlah cakap tidak dapat melakukannya sesuatu buat selama-lamanya
Kamulah orang kuat yang boleh berdiri teguh
Kalau terjatuh, bangkit semula
Tidak akan menyerah kalah buat selama-lamanya
Barulah dikatakan falsafah hidup.


Diterjemahkan oleh tenaga pengajar Bahasa Mandarin UKM

·         Lagu ini bukan dari bahasa mandarin tapi bahasa kantonis , saya minta jasa  baik tenaga pengajar  menterjemahkannya…