Isnin, 30 Ogos 2010

Mutiara kata

"Hanya setelah anda menuruni lembah yang terdalam barulah anda dapat menilai keindahan gunung yang tertinggi!."
Tatkala anda bermurung itulah keunggulan anda terserlah, ketara, teruji1"
"Anda memerlukan sebanyak mungkin "pengalaman getir"untuk menzahirkan keunggulan anda" -Richard Nixon-

Ingatlah, untuk mendapatkan "pelangi", anda memerlukan "hujan". Tiada jalan lain lagi. Waktu sukar sepatutnya membuat anda LEBIH BAGUS, bukan MARAH DAN KECEWA (hard times should make you BETTER and not BITTER). Anda hanya mungkin menjadi LEBIH BAGUS jikalau anda belajar daripadanya seperti disebut dalam ucapannya:
"Kita lebih banyak mendapat kebijaksanaan daripada kegagalan berbanding dengan kejayaan.Kita sering mengetahui apa yang akan kita buat, dengan menentukan apa yang tidak akan kita buat.Dan semungkinnya orang yang tidak pernah membuat kesilapan tidak juga pernah membuat sebarang penemuan" -Samuel Smile-

Kita tidak belajar dari kejayaan-kejayaan kita, kita belajar dari kegagalan kita -John Naisbitt - Pengarang, Megatrends Asia.

Sesetengah orang apabila gagal mereka terus tinggal dalam kegagalan.Sesetengah yang lain apabila gagal mereka belajar daripadanya dan terus maju.

"Orang yang gagal dalam hidupnya ialah orang yang hidup dan gagal belajar"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan