Selasa, 31 Ogos 2010

"Bermanis muka itu perkara senang,
Di kala hidup mengalir lancar bak arus tenang,
namun orang yang berwibawa itu adalah,
Dia yang mampu memberi senyuman
Ketika segala disekelilingnya penuh kesilapan!"

BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH

Bukannya pengkritik itu yang penting, bukannya orang yang memerihalkan bagaimana si kuat terjatuh ataupun di mana si pelaku boleh melakukannya dengan lebih baik. Penghargaan seharusnya diberikan kepada orang yang berjuang di dalam gelanggang; yang wajahnya tercemar dek habuk, peluh dan darah; yang berjuang dengan berani, yang membuat kesilapan, dan tetap kembali lagi kerana tiada usaha tanpa masalah dan kekurangan, yang sebenarnya cuba dilakukan;yang memahami semangat kuat, penumpuantekun dan memerah tenaganya untuk tujuan berfaedah, yang setidak-tidaknya kalau ia gagal, sekurang-kurangnya gagal ketika mencubadengan berani. Kerana adalah lebih baik berani mencuba perkara yang besar, mencari kemenangan besar walaupun dicacati oleh kegagalan, daripada duduk setaraf dengan mereka yang tidak cukup bersemangat yang tidak tahu bergembira dan tidak juga menderita kerana mereka hidup dalam dunia samar yang tidak mengenal sama ada menang atau kalah" -Theodore Roosevelt-

"Dugaan itu tidak lain adalah pengajaranyang tidak anda pelajari yang datang kembali.Jadi jika anda telah membuat pilihan yang salah dahulu kini anda boleh membuat pilihan yang lebih baik dan dengan itu menghindari segala derita akibat pilihan anda yang terdahulu"

"Segala-galanya adalah suatu ujian,
untuk melihat apa yang akan kamu lakukan
jikalau menyalah tafsir apa yang di depan
mata, kamu perlulah bermula semula"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan