Isnin, 30 Ogos 2010

Aku tidak memilih untuk menjadi insan biasa

Aku tidak memilih untuk menjadi insan biasa
adalah hakku untuk menjadi berbeza,
aku mencari kesempatan, bukan keterjaminan
tidak kuingin menjadi warga peliharaan,
lemah dan terpedaya dek terbiasa dengan jagaan negara,

Aku ingin mengambil risiko terhitung,
untuk mengimpikan dan membina,
untuk GAGAL dan BERJAYA,
galakan tidak kan kutukarkan dengan elaun pengangguran,
lebih kusukai cabaran hidup daripada elaun pengangguran,
lebih kugemari cabaran hidup daripada kewujudan lesu yang terjamin,
keghairahan pencapaian daripada kesempurnaan hambar
tidak kan kuperdagankan kebebasan dengan derma sumbangan,

Tidak jua maruah dengan sedekah
tidak kan aku ketakutan dihadapan sebarang tuan,
tidak jua akan kutunduk kepada sebarang ugutan
sudah menjadi warisanku untuk sentiasa berdiri teguh,


Bangga tidak gentar
berfikir dan bertindak untuk diri sendiri
menikmati hasil mahsul usaha sendiri
dan menghadapi dunia penuh berani
dan berkata "O" Inilah yang telah kulakukan"
inilah erti sebenarnya menjadi seorang insan.
INSYA ALLAH....

2 ulasan:

  1. sangat bermotivasi...bagus!
    I hv to learn from u...to be more motivated;)

    BalasPadam
  2. insyaallah..ingatan pada diri sendiri juga..terima kasih

    BalasPadam