Isnin, 30 Ogos 2010

Jacky Chan



"Ketika saya tiba di Amerika - BOOM! pertama, saya tak tahu cakap bahasa Inggerish. Dan kedua, tak ada seorang pun yang kenal saya - semasa saya berjalan di jalanraya, tak ada seorang pun yang ambil peduli."

Jacky Chan
Kerana tidak mampu menyaranya semasa bayi, ibu bapanya telah mempertimbangkan untuk menjual beliau dengan harga US$26.00 (RM 65.00) kepada pakar obstetrik Inggeris yang menyambut kelahiran beliau.Ketika masih kanak-kanakberumur 7 tahun, beliau telah diperantiskan di Akademi Opera China yang terkenal kerana kedahsyatannya, tempat beliau terpaksa menahani jadual latihan yang menyeksakan, dalam bidang muzik, tarian dan seni bela diri tradisional Cina, dari jam 5 pagi hingga tengah malam selama 10 tahun. Latihan yang diterimanya sungguh keras dan kejam, yang mana para pelatih dipukul dan tidak diberi makan jika tidak menunjukkan prestasi yang memuaskan.
Kemudian  beliau telah muncul dalam beberapa filem awal Hong Kong sebagai seorang pelagak ngeri (stun man) dan seterusnya memanjat ke tahap penyelaras lagak ngeri, kemudian ke tahap Pengarah. Apabila Bruch Lee meninggal dunia, Jacky Chan bersama ramai lagi pelakon seangkatannya dipilih sebagai salah seorang bakal pengganti untuk mengisi kekosongan itu. Beliau gagal teruk.
"Susah benar, susah benar" kata Jacky. "Jadi, daripada saya cuba meniru dia (Bruce Lee), lebih baik saya menjadi diri aya sendiri."
Jacky dilahirkan sebagai "Steve" yang kemudiannya diubah menjadi Jack Chan dan seterusnya dipopularkan dengan lebih mesra sebagai Jacky oleh Raymond Chow. Tuah Beliau mendatanginya pada tahun 1978 dengan filem Snake in Eagle's Shadow.
Kini beliau merupakan bintang filem yang terbesar Hong Kong dan kini sedang berjaya besar di Hollywood dengan kadar bayaran mencapai US$50 Juta (RM260 Juta) SETAHUN!!!.

1 ulasan:

  1. tuah manusia...tak siapa tahu...tp dia masih belum bertuah selagi iman tidak bertapak dihati.....:-) kan?

    p/s: Thnks, nice 1...xpernh tahu pasal ni...

    BalasPadam